Tak cukup duit?

Tadi baru shopping kat supermarket beli barang makan. Terlebih bajet lagi… Hayh…. Banyak kali dah jadi macam tu, kadang-kadang teruk sangat sampai mase kat cashier  tu kene buang sket barang supaya cukup-cukup je duit utk bayar. Itupun baru minggu lepas withdraw duit 6000 rubles (RM 840).

Cepat je 6000 rubles tu habis. Bayar hutang orang 1000+ rubles (RM 140+) sebab tak cukup duit beli barang makanan. Dekan Akademi ni cekik darah lagi mintak bayar untuk visa pulak, habis lagi 500 rubles (RM 70). Bayar internet yang super-mahal, bayar ikut megabyte, sebulan nak dekat 2000 rubles (RM 300) habis kat internet saja – sebab banyak download medical lectures yang lebih senang faham dari internet daripada apa yg diorang lecture kat sini.

Tu tak masuk barangan dapur yg makin mahal harganya, sarapan kat kantin hospital, tambang sana sini, buku-buku manual of medicine yg cikgu tulis, bahan-bahan fotostat lagi. Adehla… Boleh je nak mintak mama abah top up sket, tapi, buat apa nak menyusahkan mak bapak dari jauh… Kalo nak susahkan diorang, susahkan diorang mase kat rumah je aaa… Dan bukan semua orang ada mak dan bapak, dan bukan semua mak bapak orang kaya-raya…

Actually dah habis dah duit withdraw 6000 rubles dari minggu lepas tu, itu pun ade jugak berhutang lebih kurang 200 rubles dengan orang lain.

Dulu bila biasiswa naik dari 200USD ke 500USD rasa lega sungguh. Sekarang ni, sejak Rusia dah makin menaikkan harga barang, 500USD memang tak cukup. Tapi yang peliknya, baca berita ni:

More and more medical students sent abroad to study on government scholarships, many costing more than a million ringgit each, are breaking their 10-year bond by refusing to return and serve in public hospitals.

“This is a sore point with us. In 2006, 21 medical students in Britain did not return. Last year, the number was 63. For those studying in Ireland, three students did not come back in 2006 while last year, 27 did not return,” said Human Capital Development division director Datin Madinah Mohamad.

She said these students cost the Government up to RM1.1mil each in funding for the five-year course.

Gahhhh… dan kerajaan masih tambah biasiswa pelajar-pelajar kat UK/Ire! Kalau 63 pelajar perubatan tajaan kerajaan tak pulang ke Malaysia = RM 63+++ juta hilang macam tu je! Sedangkan duit sebanyak tu boleh sponsor hampir 200 lagi pelajar perubatan Rusia, terutamanya yang non-Bumiputra dan persendirian yang mengorbankan banyak wang mak ayah diorang utk belajar kat sini. Duit tu jugak boleh kurangkan beban pelajar-pelajar perubatan Rusia yang merasai bahang kenaikan menggila harga barangan!

Since 2003, 145 students from Britain and 85 from Ireland have not come back. However, only three from Russia, two from Jordan and one from Japan failed to return.

Hanya 3 pelajar perubatan Malaysia di Rusia yang tak pulang (tak boleh dipastikan tajaan kerajaan atau persendirian). Hampir semua pelajar perubatan Malaysia di Rusia akan pulang ke tanah air untuk serve the nation walaupun kebanyakan kami tahu bahawa kami akan dilayan macam taik atau double standard bila sudah mula bekerja.

Yet, the policy still favors the students who lack intention to return home to practice medicine. Government gives them lots of money only to let them drain to the first world countries. Baikla bagi duit tu kat kami, kurangkan sikit kesukaran hidup pelajar perubatan Rusia, Nizhniy Novgorod terutamanya…

Peliknya pelajar tajaan kerajaan di Eropah mendapat biasiswa yang sangat banyak. Walaupun mereka menyewa apartment yang sangat besar di luar kampus, mereka masih ada lebih 50% biasiswa bulanan yang berlebihan! Kat Nizhniy dah semakin tak cukup… Tambah pulak hidup dalam hostel dalam bilik yang sangat kecik untuk share 2-3 orang, dan sewa hostel pulak makin mahal setiap tahun!

Boleh je nak pinjam daripada along-along kat Rusia ni (kononnya diorang lagi friendly daripada along kat Malaysia) atau kerja sambilan kat mana-mana. Tapi rasa hinalah pulak pelajar perubatan yang sepatutnya belajar kena bekerja atau pinjam duit untuk kurangkan beban kewangan….

Apa nak buat kan, dunia memang tak adil. Tapi Allah Maha Adil. Apa-apa yang tak adil kat sini, Allah adilkan di akhirat nanti.

Tapi kenapa saya menulis dengan begitu buruk dan whiny di sini? Kerana saya tahu, Puan Wan Munirah (MARA Officer) akan datang jugak menjenguk blog saya sekali-sekala…. kan kan kan?? ;)

Published in:  on April 21, 2008 at 1:56 pm Comments (46)