Rostik dan makanan ahli Kitab

Bosan-bosan neuro baca blog Zulhusni perihal makanan ahli kitab dan Rostik Nizhniy Novgorod. Menarik jugak. Malangnya komen saya masih tidak disahkan oleh Zulhusni, tetapi tak apa, saya bawakan ke blog saya pula.

“…walau bagaimanapun pendapat mufti/qadhi akan menghapuskan khilaf…”

Pastikah? Di Malaysia contohnye ada jawatankuasa fatwa kebangsaan dan badan authoriti Islam utk kita laksanakan fatwa-fatwa itu. Walaupun orang persendirian  tidak setuju dengan pendapat isu khilafiah, semua org islam di Malaysia tetap wajib ikut fatwa yg dikeluarkan para mufti.

Di Nizhniy hanya ade 2 muslim leaders/hazrats in charge. Pendapat diorang memang boleh diterima pakai, tetapi wajibkah mengikutnya??? Atas alasan apa seseorang muslim wajib mengikuti pendapat mufti dalam isu khilafiah apabila tiada jawatankuasa atau badan authoriti?

 

Kemungkinan apabila masanya tiba, beliau boleh mengesahkan komen itu. Tetapi tidak mengapa dulu. Ulasan saya:

 

Pernah saya mendengar kuliah bekas mufti Wilayah Persekutuan bahawa apa yg dinyatakan dalam kuliahnya kebanyakan adalah pendapat peribadi beliau sendiri. Tetapi apabila beliau membincangkan dan memutuskan isu-isu dalam Majlis Fatwa Kebangsaan bersama beberapa ulama/mufti yang lain – itu adalah fatwa yg wajib diikuti oleh Muslim di Malaysia.

Permasalahan seperti bila puasa bila raya, bayar zakat fitrah, kahwin cerai, dll berada di bawah tangan mufti Nizhniy kerana kebanyakan isu-isu itu berkaitan dengan Islam sebagai umat, bukan satu-satu individu sahaja.

Hazrat/Ustaz dari masjid itu hanya memberi pendapat sebagai seorang ulama – pendapat yg popular dan sepatutnya diikuti. Tetapi permasalahan khilafiah seperti memakan makanan ahli kitab, isu pemakanan individu, wajibkah ada fatwa mengenainya dan wajibkah diikuti setiap muslimin di Nizhniy Novgorod?

Untuk membaca perihal makanan ahli kitab di Efenem’s Weblog, sila klik sini.

Sekian.

P/S: Saya sangatlah nak makan Rostik walaupun xpernah cuba lagi. Harapnya lebih enak dimakan begitu saja daripada hamburger dan cheeseburger MacDonald’s yg xbrape sedap sangat tu!

Published in:  on June 6, 2008 at 11:34 pm Comments (12)