Gaji doktor – spekulasi SBPA


JPA dah mengeluarkan formula pemindahan gaji bagi SSM ke SBPA. Mari kita lihat formula:

Ok, kalau tak faham, ikut je anak panah dia tu. Saya simpulkan macam mana pemindahan gaji dari SSM ke SBPA.

Pertama, naik satu tangga gaji SSM

Kedua, dipilih gaji tertinggi terdekat SBPA

Ketiga, bila ada pergerakan gaji, naik lagi satu anak tangga SBPA.

Mari saya buat contoh houseman (doktor pelatih). Secara amnya, doktor pelatih adalah UD41 bermula P1T6.

UD41 P1T6 (1st year houseman) = RM2458.39

UD41 P1T7 (2nd year houseman) = RM2550.23

UD41 P1T8 (Almost MO or chronic houseman) = RM2642.07

Jadi, ikut langkah pertama, kita akan naik satu anak tangga SSM. Bermakna P1T6 naik ke P1T7. P1T7 pulak naik ke P1T8. Dan seterusnya.

Langkah kedua, pemindahan ke SBPA tertinggi terdekat. Kalau ikut gambarajah di atas:

Siapa yg sekarang ni UD41 P1T6 naik ke P1T7, pastu SBPA akan tukar jadi gred UD1-1 T4 atau bersamaan dengan RM2610. Pemindahan gaji anda dari SSM ke SBPA ialah RM151.61.

Siapa yg sekarang ni UD41 P1T7 naik ke P1T8, pastu SBPA akan tukar jadi gred UD1-1T5 atau bersamaan dengan RM2835. Pemindahan gaji anda dari SSM ke SBPA ialah RM285.

Langkah ketiga pulak ialah pergerakan gaji tahunan yang biasa dapat tu. Siapa yg selalu naik gaji bulan januari naik lagi RM225!! Aku punya kene tunggu sampai bulan Julai. So, jumlah pemindahan gaji SSM ke SBPA, pastu pergerakan gaji tahunan plak, kiralah sendiri ye.

Selepas tamat housemanship, doktor akan mendapat automatic promotion dari UD41 ke UD44 yang sekarang dikenali sebagai UD1-2. Harapnya mereka masih kekalkan janji itu, jangan sebab gred dah tukar nama, diorang kekalkan kita dalan UD1-1 plak. Boleh tengok formula ni pulak.

Ini berdasarkan apa yang aku faham melalui presentation dan formulari JPA lah ye. Ini tak official. Nak betul punya kene tunggu JPA punya pekeliling, atau tunggu sendiri slip gaji Januari 2012 nanti!

Apa-apa pun dah naik gaji ni kena lebih semangat bekerja dan lebih berusaha, jangan selalu EL/MC/MIA. Bak kata cerita Three Idiots “Don’t chase success. Chase excellence, and success will come after you.” Bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah ya!

About these ads

10 comments on “Gaji doktor – spekulasi SBPA

  1. Gaji SSM M41 seperti dalam slaid pertama:
    Tn = a + (n-1)d
    T9 = T1 + (9-1)91.84
    2728.35 = T1 + 734.72
    T1 = 2728.35 – 734.72
    T1 = RM 1993.63

    Gaji SBPA seperti dalam slaid no.18:
    T1 = RM 1935.00

    Peliknya macam mana boleh jadi makin rendah pulak…Di JPA banyak PTD dalam tu…Tak kanlah diorang sanggup potong gaji sendiri pulak kan!

  2. Confirm tak time-based promotion akan dikekalkan? Walaupun gaji pokok naik, tapi elaun2 dalam gred atasan jauh lagi tinggi dari kenaikan gaji pokok. Saya sekarang DU52 dan sepatutnya naik ke 54 in July 2012, rugi la kalau maintain dalam gred sama dan dapat elaun sama…

  3. how to get he password to view ur nxt post? I am not vr sure what the kewangan lady was trying to explain to me before i sign the thing. BUt i still signed it. =.=

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s