Siapa yang perlu diikuti?


Ramai kenalan bertanya kepada saya mengapakah cara ibadat saya berlainan? Mengapa tak macam mazhab Shafi’e pun? Ni belajar dari mana nih? Benar, saya dibesarkan menurut mazhab Shafi’e, tetapi saya tidak mengikutinya 100%. Mengapa? Adakah saya lebih baik dan pandai dari Imam Shafi’e? Adakah saya sudah mempunyai kelayakan untuk bermujtahid setaraf dengan para ulama’? 

Saya sendiri tidak mengulang wudhu’ sekiranya tersentuh wanita bukan muhrim, brerkeyakinan bahawa daging sembelihan Kristian dan Yahudi halal dimakan, boleh menjama’ solat kalau memerlukan walaupun tidak bermusafir dan lain-lain lagi. Tetapi saya kembalikan semula: adakah korang ni betul-betul mengikut ajaran Mazhab Shafi’e? 

Memang betul bahawa mazhab menyenangkan pemahaman seorang Muslim tentang bagaimana untuk menjalankan ibadah terutamanya. Antara alasan yang diberikan ialah kerana Nabi Muhammad SAW sudah wafat dan para muslimeen memerlukan tunjuk ajar daripada imam-imam mazhab supaya tidak terkeliru. Itu benar. Tetapi imam para mazhab juga sudah meninggal. Jadi bagaimana pula nak memahami ajaran Islam? 

Saya berikan satu contoh: saya seorang muallaf dari Amerika Syarikat (AS). Di AS, tiada mazhab yang tetap untuk para muslimeen. Ada yang mengikuti Hanafi, ada yang mengikuti Shafie’, ada juga Maliki dan Hanbali. Jadi, adakah saya tidak boleh mengamalkan Islam selagi saya tidak memilih salah satu mazhab tersebut?

Wahai saudara-saudari sekalian, ketahuilah bahawa Islam itu indah. Tiada mana-mana dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang mewajibkan umat Islam mengikut mana-mana mazhab. Tentunya penerangan dan pembelajaran ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW memerlukan tunjuk ajar seseorang yang diyakini ilmu islamnya. Cuma tidak semestinya daripada imam mazhab.

Saya sendiri dibesarkan secara agak ‘nomad’. Sepuluh tahun pertama saya hidup di Malaysia, dan kemudian di Bradford, UK selama setahun. Sekembalinya dari UK, saya juga dihantar berumrah dan belajar di Makkah untuk 2 kali selama 3 bulan. Di UK dan Makkah saya mempelajari dengan pelbagai Tok Guru yang mempunyai pelbagai pendapat. Pendapat yang sungguh berlainan daripada apa yang dipelajari daripada sekolah agama dan pendidikan Islam di Malaysia.

Tetapi adakah saya mengatakan pendapat ini salah dan pendapat ini lebih betul? Tidak sama sekali. Saya tidaklah setaraf mujtahid untuk menganalisa pendapat mana lebih betul atau salah. Saya cuma ikuti apa yang saya pelajari daripada Tok Guru pelbagai bangsa yang pernah saya berjumpa. Malah di kawasan perumahan saya di Kuala Lumpur, ada seorang ulama’ yang mempunyai jawatan dalam Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor, memberi kuliah Tafsir al-Quran setiap pagi selepas solat subuh. Dan pendapat beliau amatlah berlainan dengan trend ulama lain di Malaysia.

 Begitu juga dengan kemunculan ulama muda seperti Mufti Perlis Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin (MAZA). Ramai ulama masa kini sudah membuka semula tirai ijtihad supaya umat Islam boleh kembali semula menjana minda berfikir. Dan ulama-ulama ini sangatlah berlainan pendapatnya berbanding dengan imam mazhab empat. Jadi, adakah sepatutnya perlu diikuti imam mazhab empat ataupun para ulama yang diyakini ilmunya dan lebih mengenali cabaran dunia masa kini?

Imam Shafi’e tidak pernah sesekali memaksa sesiapa pun untuk mengikuti ajarannya. Malah, beliau berkata ‚jika pendapatku bertentangan dengan hadis sahih, lemparlah pendapatku ke dinding dan ambillah hadis itu’. Betapa rendah dirinya imam Shafi’e sampai tidak mahu sesiapa pun untuk mengikuti mazhabnya. 

Kembali semula kepada permasalahan awal, saya tidak perlu mazhab untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah. Tok guru saya yang pelbagai bangsa dan mazhab itu tidak pernah menyuruh saya untuk mengikuti mazhab Shafie sahaja. Malah, mana-mana pendapat yang lebih diyakini akan kebenarannya boleh digunakan, tidak kira sama ada pendapat tersebut lebih senang atau lebih sukar untuk dilaksanakan. 

Jika saya seorang muallaf di AS, tentunya ini akan lebih mengindahkan pandangan saya kepada Islam.

9 thoughts on “Siapa yang perlu diikuti?

  1. Sebenarnya boleh, menurut al-Qaradawi dan lain2. Tapi sesetengah orang tak ikut atas sebab Kristian sudah menyimpang dari ajaran injil yang sebenar. Tapi kalau nak ikut, kristian pun sudah lama tak ikut ajaran yang benar sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

    Sebab tu saya bedal je daging sembelihan kristian di negara yang majoritinya orang kristian.

  2. bukan mahram la bukannya bukan muhrim.muhrim tu utk orang yang pergi haji.pasal masalah fekah banyak la cabangnya(furu’) agak susah kalo orang yg tak betul2 mahir menjawabnye..tu la perlunye kepada jemaah..baru la tau apa yg betul apa yg salah..nabi SAW kan dah bersabda hendaklah muslim tu dalam jemaah..bukannya sorang2 je..kalo nak cakap pasal hukum ni bukan main rambang je bgtau..kalo x tanye orang betul2 pakar macam mana nak tau..n takyah la gaduh pasal khilaf2 ni…kalo x….x yah la tlis kat cni…aku just bg nasihat kat aku n sape2 nak amik amikla..nak amik nasihat ni bukan tengok pada orang tengok pada apa yang dia bawak..tu la konsepnya..kalo tengok pada sape yang bg nasihat spi bile2 pun takkan melekat kat ati…wasalam

  3. 1. Kalo nak ikut jemaah, satu jemaah sahaja, iaitu jemaah yang mengikuti Nabi Muhammad SAW, bukan jemaah yang bercabang empat mazhab.
    2. Orang yang pakar empat mazhab adalah pakar. Imam mazhab sudah meninggal, begitu juga para sahabat, tabi’en dan nabi SAW juga sudah wafat. Siapa2 yang pakar dalam bidang al-Qur’an dan Sunnah boleh dirujuk.

    Terima kasih atas komen anda.

  4. salam..
    aku ni pemerhati luar saje nak bertanye..camne ko leh yakin yang daging sembelihan ko makan 2 daging sembelihan org kristian?maksud aku,katakan skang ni ko yakin yang daging sembelihan org kristian boleh dimakan,tp adakah daging 2 betul2 disembelih oleh org kristian?contohnye,katakan ko makan bigmc kt mcd 2,ko tau ke yg daging 2 disembelih oleh org2 kristian?kot2 dier import daging 2 dr china misalnyer yang majoritinyer org2 beragama buddha,or diimport dr india yg rata2nyer org beragama hindu,ataupun daging 2 dr rusia sendiri,disembelih oleh org yg xberagama(atheist)..so cmne?kalo dr konteks ko sure xleh makan gak kan sebab penyembelih bukan beragama kristian..so xde ragu2 ke?

    kalo kiter skang makan just makanan yg halal(penyembelih adelah org islam),xde ragu2 dh..just tanye je..halal ke haram..senang citer kan..tp xkan ko nk tanye kat penjual..org yg sembelih daging ni beragama ape?pelik lak bunyik kan..

  5. Good question.

    90% russian beragama kristian russian orthodox. So, boleh dipercayai. Tentang import export tak perlu ditanya, sebab kebanyakan ulama’ mengatakan tak perlu bertnya susah2 dari mana dtgnye ini dan itu. Kalau tukang masak atau tukang hidang yahudi atau kristian, ulama katakan “makan saja”.

    Tapi takder masalah kalo nk bertnya utk kepastian…

  6. btol,jgn jd byk tanye mcm kaum nabi musa. Allah suruh cr lembu, tanye warna ape la, umur mcm mn la, yg tu, yg ni. kalo dr awal dorg cr je sebaik nabi musa a.s suro cr, kan xde mslh nk cr lembu betina yg sederhana yg berwarna keemasan kultnye

    wsalam

  7. Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani :
    “Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasululah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah.”
    Bila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasululah)Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah iaitu Al-Imam Hanafi, Al-Imam Maliki, Al-Imam Al-Shafiei dan Al-Imam Hambali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s