Kristian nak guna nama Allah? Why not? (reposted from Azmil Abrar)


1. Mereka dah lama guna perkataan Allah

Sebenarnya perkataan Allah memang dah lama digunakan dalam dunia kristian. Kalau kita buka bible dlm bahasa arab, perkataan “Allah” digunakan sebanyak belasan kali hanya pada mukasurat yang pertama (genesis 1:1). Hanya sebahagian sahaja bible arab yang menggunakan perkataan “al-Abb” untuk tuhan bapa. Malah, dlm bible arab yg baru, mereka menggunakan perkataan Isa, bkn lg yasu` utk Jesus.

Di Indonesia dan Malaysia juga sama. Bible dalam bahasa Indonesia juga ada yang menggunakan perkataan Allah. Sewaktu saya aktif pergi ke church dahulu, ada lagu bahasa melayu yang dinyanyikan dlm service mereka. Lagu
tersebut menggunakan perkataan Allah.

Seorang paderi juga pernah beritahu bahawa Pope pernah mengatakan bahawa “Allah adalah Tuhan bagi umat
kristian”.

2. Org kristian juga menyembah Allah.

Al-Quran menyebutkan bahawa org2 kristian bukanlah tidak menyembah Allah, tetapi mereka melakukan syirik.

“Wahai Ahli Kitab! Jangan melampau dlm agama kamu; Janganlah kamu berkata tentang Allah kecuali dengan sebenarnya…….. maka berimanlah kepada Allah dan Rasulnya; jangan kamu kata “trinity”; meninggalkannya adalah lebih baik bagi kamu; Tiadalah Allah itu melainkan Tuhan yang satu….” (an-Nisa’ 4:171)

“Telah kufurlah mereka yang berkata: “Allah adalah al-Masih anak Maryam.”……” (al-Maidah 5:72)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai ahli Kitab! Datanglah kepada kalimat-kalimat yang bersamaan antara kami dan
kamu. (iaitu) Kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu……” (Ali Imran 3:64)

…dan banyak lagi ayat lain yang membawa mesej yang sama.

3. Perlukah kita risau?

Pada pendapat saya, kalau kita risau, kita seolah-olah memberi signal kepada mereka bahawa mereka adalah benar dan kita takut orang Islam akan terpengaruh dengan ‘kebenaran’ tersebut.

4. Jika dilihat dari sudut yang positif…

Kalau kita melihat dari sudut yang positif, sebenarnya mereka semakin mendekati kita. Mereka telah menerima perkataan “Allah”. Apa yang kita perlu buat adalah membincangkan tentang keunikan perkataan “Allah” itu sendiri serta berbahas tentang definisi “Allah” (al-Ikhlas 112:1-4).

Ini juga memudahkan kita menerangkan kepada umat Islam bahawa al-Quran sememangnya menyebutkan bahawa mereka menyembah Allah. Tetapi kesalahan mereka adalah melakukan syirik terhadapNya.

5. Allah adalah Tuhan untuk semua.

Allah bukan semata-mata Tuhan orang melayu atau orang Islam. Tapi, Allah adalah Tuhan sekalian alam. Yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah samaada kita mengakuinya, menyembahNya, mentauhidkanNya atau tidak.

WaLLahu a’alam.

3 thoughts on “Kristian nak guna nama Allah? Why not? (reposted from Azmil Abrar)

  1. bukan ape, takut nnt bila mereka guna perkataan allah, nnt orang islam boleh terpesong. Tapi point 4 kamu memang make sense. Kenapa mereka tidak gunakan sahaja bahasa lain, sejak bila pula mereka nak ikut bahasa arab? bukankah pope mereka bercakap dalam bahasa itali? kenapa mereka tidak ikut “ketua” mereka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s