Memakan sembelihan ahli kitab – bahagian 1


Please be informed the article below is very long and is not complete. There will be parts 2 and 3 upon request. The article is not mine.

Ahli Kitab adalah satu golongan umat yang berbeza dengan orang-orang yang beriman, iaitu orang Islam, sepertimana yang telah dibezakan oleh al-Qur’an dalam ayat berikut: Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu ta’at akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab itu nescaya mereka …… [Maksud surah Ali Imran 03 – 100].

 Ahli Kitab termasuk ke dalam golongan orang bukan Islam, iaitu orang-orang kafir tetapi mereka tidak termasuk ke dalam golongan orang musyrik. [surah al-Baiyinah 98 -02]. Ahli Kitab dari golongan Yahudi dan Nasrani sebenarnya adalah tergolong dalam kategori mereka sendiri, iaitu tidak beriman dan tidak pula musyrik.[surah al-Hajj 22 – 17].

 Walaubagaimanapun kedudukan istimewa kaum Ahli Kitab di sisi Islam hanyalah bagi urusan Duniawi dan tidak pula bagi urusan Ukhrawi.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahli fiqh samada kebolehan hukum-hukum tertentu yang khusus di dalam al-Qur’an itu, seperti halalnya sembelihan mereka dan halalnya pernikahan dengan wanita mereka, adakah ia ditujukan kepada seluruh kaum Ahli Kitab sepanjang zaman ataupun terhad kepada beberapa syarat. Perbezaan ini menyimpul kepada tiga ikatan pendapat iaitu:

  1. Kebolehan hukum adalah mutlak bagi semua kaum Ahli Kitab, dahulu, sekarang atau yang akan datang, samada mereka berpegang kepada kitab asal mahupun kepada kitab yang telah diubah suai.
  2. Kebolehan hukum hanya bagi kaum Ahli Kitab yang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan keturunan zuriat mereka sahaja. Pemeluk-pemeluk baru dari kalangan agama Yahudi dan Nasrani tidak termasuk dalam golongan ini.
  3. Kebolehan hukum tidak lagi boleh diterima kerana kebanyakkan kaum Yahudi dan Nasrani masa kini tidak lagi memegang kepada kitab mereka yang asal melainkan ianya telah diubahsuai atau ditukar.
 Huraian Pendapat Pertama

 Dalam satu hadith yang lain Nabi sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu mensia-siakannya. Dan Ia (Allah) telah enetapkan beberapa batas (had) maka janganlah kamu melampauinya. Dan Ia (Allah) telah mengharamkan segala sesuatu (yang perlu diharamkan) maka janganlah kamu mencerobohinya. Dan Ia (Allah) telah mendiamkan segala sesuatu sebagai Rahmat kepada kamu bukan kerana lupa – maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.  [Maksud hadith dari Abi Tha’labah radiallahu-anhu, diriwayatkan oleh Imam ad-Daruquthni dan dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam an-Nawawi dalam Syarh Matn Arba’in – no:31]

Rumusan yang dapat ditarik dari hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan pertama ini adalah – sembelihan kaum Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani adalah halal bagi umat Islam tanpa apa-apa syarat atau had kerana Allah Subhanahu waTa’ala telah menurunkan hukum kebolehan ini tanpa meletakkan apa-apa syarat tambahan. Kebolehan ini juga berkuat-kuasa tidak kira samada kaum-kaum tersebut masih berpegang kepada ajaran kitab mereka yang asli ataupun yang telah diubahsuai.

Huraian Pendapat Kedua

Pendapat kedua menyatakan bahawa kebolehan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab hanyalah terhad kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi- wasallam dan keturunan-keturunan mereka sahaja. Ini adalah kerana ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab adalah ia dalam bentuk Kata yang telah berlalu atau Past tense menunjukkan bahawa ia ditujukan kepada umat Yahudi dan Nasrani yang hidup sebelum turunnya ayat tersebut dan bukan ditujukan kepada umat-umat yang akan datang. Oleh itu keberlakuan hukum ini tidak tertakluk kepada umat-umat Yahudi dan Nasrani yang baru memeluk agama itu dan ia juga tidak tertakluk kepada umat-umat Yahudi dan Nasrani yang tidak dapat dikesan nasab keturunan mereka sehingga ke zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam.

Pendapat ini dianggap lemah kerana tafsiran yang sedemikian itu tidak pernah didengar dari Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mahupun para sahabat radiallahu-anhum padahal merekalah orang yang paling mengenali al-Qur’an dan paling mengetahui tujuan ayat-ayatnya. Selain itu sememangnya diketahui bahawa kaum Yahudi dan Nasrani adalah dua kaum wujud sebelum wujudnya Islam dan mereka telah diturunkan kitab Taurat dan Injil sebelum turunnya kitab al-Qur’an. Justeru adalah memadai al-Qur’an mengalamatkan mereka dalam bentuk bahasa yang telah berlalu atau past tense.

 Huraian Pendapat Ketiga

 Pendapat Ketiga menyatakan bahawa hukum kebolehan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab tidak lagi berhubung-laku di masa kini kerana kedua-dua kaum tersebut, Yahudi dan Nasrani telah banyak melakukan perubahan serta ubahsuai akan kitab mereka itu sehingga ianya tidak lagi tulen sepertimana yang wujud di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Selain itu sebahagian besar orang-orang Yahudi dan Nasrani juga kini telah tidak lagi mentaati ajaran kitab mereka samada yang tulen mahupun yang diubahsuai tetapi banyak pula mengikuti hukum-hukum baru yang direkacipta mereka selari dengan peredaran zaman. Dengan hujah-hujah di atas, golongan ini berpendapat bahawa sembelihan kaum Ahli Kitab tidak lagi halal bagi umat Islam masa kini dan bagi yang akan datang.

Ayat yang menghalalkan sembelihan kaum Ahli Kitab bagi umat Islam, iaitu dalam surah al-Maidah 05, ayat ke 5 adalah antara ayat yang terakhir diturunkan sebelum lengkapnya al-Qur’an ini dan sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini dijangkakan turun kira-kira 81 hari atau lebih sedikit sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ia adalah serangkap dengan ayat yang menerangkan tentang kesempurnaan Islam [surah al-Maidah 05 – 03]. Di samping itu surah al-Maidah adalah juga surah terakhir yang diturunkan antara kesemua 114 surah-surah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Hakikat turunnya ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab sebagai salah satu dari ayat-ayat terakhir dalam al-Qur’anul Karim memberikan titik pengkajian yang amat besar lagi berat dalam analisa hukum berkaitan. Ini adalah kerana ayat ini turun setelah turunnya beberapa ayat-ayat yang sedia mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang telah mengubah-suai, menukar serta mencampur-aduk ajaran agama mereka.

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mengubah-ubah ayat-ayat dalam kitab mereka. [surah al-Baqarah 02 – 75].

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mencampur-adukkan ajaran mereka serta menyembunyikan kebenaran ayat-ayat kitab mereka. [surah al-Baqarah 02 – 42]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang memilih-milih ajaran agama mereka,sebahagian diambil dan sebahagian ditinggalkan. [surah al-Baqarah 02 – 85]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai Tuhan mereka dan pendita-pendita sebagai yang berhak untuk menukar ajaran kitab mereka.  [surah at-Taubah 09 – 31]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai anak Allah.  [surah Yunus 10 – 68]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur’an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang mewujudkan konsep Tuhan Bertiga atau Trinity. [surah Ali Imran 03 – 65]

Himpunan keterangan-keterangan di atas tidak lain menunjukkan bahawa apabila hukum kebolehan memakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitab diturunkan, al-Qur’an telahpun dari awal menerang akan perbuatan mereka, kaum Yahudi dan Nasrani itu yang menyeleweng dan menyimpang dari ajaran mereka yang asal. Malah lebih buruk lagi mereka sejak dari awal lagi telahpun melakukan tuduhan syirik yang amat besar terhadap Allah Subhanahu waTa’ala dengan menuduhNya mempunyai anak dan sebagainya. Tetapi perbuatan-perbuatan sebegini oleh kaum Ahli Kitab tersebut tidaklah menjadi penghalang bagi Allah Subhanahu waTa’ala untuk tetap menurunkan hukum menghalalkan sembelihan mereka kepada umat Islam seluruhnya.

Nah ! Jikalau sejak dari dini lagi al-Qur’an telah menghalalkan sembelihan Ahli Kitab untuk umat Islam seluruhnya sekalipun dalam suasana ketika itu kaum-kaum Ahli Kitab telahpun melakukan berbagai-bagai kesalahan, apakah pula bezanya dengan umat-umat Ahli Kitab masa kini ? Sudah tentu tidak ada bezanya. Mereka tetap juga sama sebagaimana generasi mereka yang lalu. Maka dengan itu juga tidak ada sebarang perbezaan bagi keberlakuan hukum-hukum al-Qur’an terhadap mereka, samada masa kini atau masa yang akan datang.

Justeru itu pendapat ketiga ini yang mengatakan bahawa keberlakuan hukum-hukum Islam terhadap kaum Ahli Kitab tidak lagi sah masa kini atas alasan mereka telahpun menyeleweng dari ajaran yang asal tidak dapat diterima. Pendapat ini tidak mempunyai alasan mahupun dalil sokongan yang kukuh melainkan ianya adalah satu sikap yang terlalu berhati-hati sehingga berlawanan pula dengan ketentuan ilmiah agama Islam ini.

7 thoughts on “Memakan sembelihan ahli kitab – bahagian 1

  1. interesting….i’ve wondered about this myself cuz it was in our form 4-5 syllabus in HS but ustazah said, now cannot eat kosher food dy..

    can u solve a few questions for me? me & roomie hv been “kerunsingan” lately about some stuff..
    1) last saturday my jeans terkene a bottle of beer and now the jeans is in quarantine until further notice. boleh pakai lg ke jeans tu?
    2) wht bout a pan/table/stove that has been used to cook pork and has been tainted with alcohol…?

    sorry for bombarding u with questions!~~~

  2. I ate kosher food when I was in US few years ago, but I dont like it. It’s damn plain! Nasik dan ayam rebus xde apa2 perencah! Mcm mana nak hidop?! Makan vegan food pun lagi sedap!

    I am not ustaz or anything similar to that level, but I believe every Muslim can answer some Islam-related questions accordingly to their knowledge. You dont need to ask a hotshot ulama’ for how many times to pray in a day dont you? Even an educated Muslim child could’ve answer that. Even educated non-muslims can answer that as well!

    1) I believe everyone will answer the same thing; wash the jeans till the color and smell of alcohol stain disappear and the jeans is as good as new.

    2) this question has different opinions among scholars. Among us the Malaysian Muslim who have been following Mazhab Shafie (or so we are told), the best thing to do is wash the pan/table/stove which was used to cook pork; once with mud and another 6 times with pure water.

    But my opinion is SIMPLY to wash till every stain disappear. This opinion is based on the prophet just did the “one mud and 6 pure water” when dog’s saliva is involved – thus dog’s saliva has always been considered najasah (najis) mughallazah. Pork is not documented anywhere in al-Quran or sunnah as najasah mughallazah. This is what most scholars (except from Shafiite school) have decided, not me.

    If the pan/table is tainted with alcohol, just wash like you wash the jeans.
    🙂

  3. wow…
    this is really interesting…
    i’m now in US and it is really disturbing me about what i can eat and not…
    so, by this, i got some more info and knowledge…

    (though i still feel weird to eat ahlulkitab’s food..)

  4. Alhamdulillah… This article throws away my doubts on whether “sembelihan ahli kitab” is edible.

    Thanks efenem, really looking forward to part 2 and part 3. Good job!

      • syukran susunan info y sgt bagus, teruskan usaha anda dlm mnjayakan misi islam n mencelikkan mata ummat islam lbih2 lg kite malaysian y agak konservatif dlm beragama, wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s