Rostik dan makanan ahli Kitab


Bosan-bosan neuro baca blog Zulhusni perihal makanan ahli kitab dan Rostik Nizhniy Novgorod. Menarik jugak. Malangnya komen saya masih tidak disahkan oleh Zulhusni, tetapi tak apa, saya bawakan ke blog saya pula.

“…walau bagaimanapun pendapat mufti/qadhi akan menghapuskan khilaf…”

Pastikah? Di Malaysia contohnye ada jawatankuasa fatwa kebangsaan dan badan authoriti Islam utk kita laksanakan fatwa-fatwa itu. Walaupun orang persendirian  tidak setuju dengan pendapat isu khilafiah, semua org islam di Malaysia tetap wajib ikut fatwa yg dikeluarkan para mufti.

Di Nizhniy hanya ade 2 muslim leaders/hazrats in charge. Pendapat diorang memang boleh diterima pakai, tetapi wajibkah mengikutnya??? Atas alasan apa seseorang muslim wajib mengikuti pendapat mufti dalam isu khilafiah apabila tiada jawatankuasa atau badan authoriti?

 

Kemungkinan apabila masanya tiba, beliau boleh mengesahkan komen itu. Tetapi tidak mengapa dulu. Ulasan saya:

 

Pernah saya mendengar kuliah bekas mufti Wilayah Persekutuan bahawa apa yg dinyatakan dalam kuliahnya kebanyakan adalah pendapat peribadi beliau sendiri. Tetapi apabila beliau membincangkan dan memutuskan isu-isu dalam Majlis Fatwa Kebangsaan bersama beberapa ulama/mufti yang lain – itu adalah fatwa yg wajib diikuti oleh Muslim di Malaysia.

Permasalahan seperti bila puasa bila raya, bayar zakat fitrah, kahwin cerai, dll berada di bawah tangan mufti Nizhniy kerana kebanyakan isu-isu itu berkaitan dengan Islam sebagai umat, bukan satu-satu individu sahaja.

Hazrat/Ustaz dari masjid itu hanya memberi pendapat sebagai seorang ulama – pendapat yg popular dan sepatutnya diikuti. Tetapi permasalahan khilafiah seperti memakan makanan ahli kitab, isu pemakanan individu, wajibkah ada fatwa mengenainya dan wajibkah diikuti setiap muslimin di Nizhniy Novgorod?

Untuk membaca perihal makanan ahli kitab di Efenem’s Weblog, sila klik sini.

Sekian.

P/S: Saya sangatlah nak makan Rostik walaupun xpernah cuba lagi. Harapnya lebih enak dimakan begitu saja daripada hamburger dan cheeseburger MacDonald’s yg xbrape sedap sangat tu!

12 thoughts on “Rostik dan makanan ahli Kitab

  1. mkn kt msia ajele… senang citer. kehalalan dan kesedapan terjamin hingga menjilat jari!😀

    efenem: yeke kehalalan terjamin? Yeke? Yeke? Yeke??? Ngenge

  2. Oh encik faiz, soal makanan je pun. Bukan la soal perpaduan umat ke hape.

    Efenem: That’s what I’m writing about. Pemakanan ialah isu individu. Pls pay attention.

    Bukankah lebih baik menjauhi yang syubhah, sebab itu jalan paling selamat utk menjauhi kemurkaan Allah. Tambahan pula bukan la dah takde kedai halal dsb, kita sentiasa ada pilihan lain. Lagipun oleh sebab di Russia bilangan orang islam sedikit, maka sudah tentu imam2 di masjid dianggap sebagai badan autoriti, takkan lah depa nak set up Islamic Council yang report kepada Kementerian Hal Ehwal Islam negara Russia. Ikut kesesuaian tempat dan ketika la. Huhu, taktau la kalau dekat hostel budak2 Malaysia di Nijni hangpa ada Islamic Council sendiri yang menguruskan fatwa2 yang dikemaskini khas mengikut majlis fatwa kebangsaa Malaysia.

    Kalau dah yakin xde syubhah, boleh je makan. Mungkin pilihan di Nizhniy xsebanyak pilihan di Moscow, tapi it’s not about choices I’m talkin about. It’s about what is halal. Why not set up Islamic Council? In most European countries Islamic Councils are being set up although the % of Muslim population is less than of Russian Muslim population (10%). Nizhniy’s population e.g. is 13-15% Muslim. Moscow lagi ramai

    Balik Msia nanti makan la puas2 ayam KFC tu, sos pun free tak kene bayar.

    I know

  3. salam…1st time comment ni..hehe

    em..bab makanan ni…kadang2 kelaka juga..masalah pelajar luar negara..dok negara orang sampai bertahun-tahun pun..dok cakap pasal makanan lagi…orang lain tengah pikir isu berat lagi..tapi memang penting pun kan:)

    anyway..pilihan tu ada..macam kat sini(Volgograd) orang2 arab banyak ikut fatwa Yusuf Qardhawi(setahu aku..die sorang saje keluarkan fatwa ni..pedapat dia)..boleh makan kalau sembelihan(sembelih ke?entah ketuk kepala je ayam tu) ahli kitab(takpe2..sangka baik,semua orang rusia kristian ortodoks..)..

    pilihan plak atas individu..mane nak makan..yang kompem halal ke..yang agak2 halal…pernah orang tanye”sawan,kebulur mati ke kalau tak makan ayam ngan burger kat luar tu?atau sekadar memenuhi kehendak bukan keperluan hidup?” ingat lagi kitorang mase 1st year dulu..pernah bekalan ayam halal(yang atas bungkusan tu ada tanda halal) takde berbulan..makan ikan ngan telur jek…alhamdulillah..gemuk juga..ikan pun kaya dengan DHA..bagus untuk nak stadi..hehe

    tu tak kire lagi menyumbang pada franchise2 antarabangsa..tak silapnye ada ulamak kate..satu dollar adalah satu peluru untuk saudara kita..macam YUsuf Qardhawi gak cakap..tak sure…

    sekadar pengalaman n pengamatan sendiri..
    wallhualam…

  4. Terima kasih sudi datang menjenguk blog ini.

    Siapa yang mahu ikut pendapat Qaradawi boleh ikut dan siapa xmahu xyah ikut. Simple.

    Tapi siapa yg ikut fatwa Qaradawi maknanya makanan ahli kitab adalah halal. Jadi xkisah kalau ayam tu ada tanda halal atau xde, burger McD atau KFC – semuanya halal apabila berada di tangan orthodox kristian rusia.

    Di Nizhniy, ayam bertanda halal sangatlah mahal. Saya boleh beli 50 ruble lebih murah di supermarket berbanding dengan jualan PPIM. Bagi saya apabila dua-dua jenis ayam tu pun halal – buat apa saya nak pilih yg mahal?

    Begitu jugak makan kat luar. Bukanlah masalah kebulur dan kemaruk. Mungkin saya malas masak. Mungkin saya nk enjoy sket2. Kehendak atau keperluan hidup tidak menukar hukum halal ke atas makanan ahli kitab tersebut.

    Just simply exercise my right as a muslim to eat what is halal. As long as there’s no alcohol or pork (and clean too!), saya xde masalah memakan masakan orang rusia.

    Pernah jugak dengar satu dollar utk satu peluru. Tapi bila pk2 balik, apa2 produk yg kita ada harini xlepas daripada Amerika dan konco2 beliau. Keuntungan yg pergi ke Amerika mungkin jugak akan membunuh saudara seagama kita.

    Tp duit itu pernah digunakan utk membangunkan pusat2 Islam dan masjid2 di Amerika. Juga duit2 itu pernah support education and healthcare Muslim2 di Amerika di samping pembangunan Amerika sendiri.

    Kita xtau mana duit keuntungan itu pergi; samada membunuh saudara seagama atau membantu Muslim Amerika atau tujuan lain2. Jadi kalau qaradawi boleh membuktikan satu dollar satu peluru – mungkin itu lebih baik.

  5. Salam..Terima kasih kerana melayan karutan pengomen:)

    Secara principlenya..rasanya semua disini tak menolak fatwa Yusuf Qaradawi..ringkasnya”Sembelihan ahli Kitab Halal dimakan”

    Dari Kenyataan simple itu,wujud beberapa syarat untuk mengikut fatwa itu di Nizny,Rusia atau mana-mana tempat didunia:
    1)Binatang itu disembelih dengan nama Allah
    2)Orang itu Ahli Kitab
    3)Kedua-dua syarat diatas wujud bersama..

    Oleh kerana Mufti tempatan sendiri tidak mengiktiraf bahawa kristian disana adalah Ahli Kitab…maka syarat kedua tidak lepas..dan syarat pertama dan ketiga tidak akan jadi…malah..tidak keterlaluan jika kita kata Yusuf Qaradawi juga tak boleh makan KFC di Nizny…kerana ini adalah pendapat Mufti tempatan..seperti waktu solat ikut waktu tempatan..

    efenem: pendapat mufti adalah pendapat persendirian beliau. Mufti bagi sesuatu tempat memang sesuai utk memberi hukum bagi sesuatu isu berkaitan dengan Islam di tempat itu sendiri. Dalam isu khilafiah seperti siapa ahli kitab, mufti nizhniy telah mengatakan bahawa rostik tidak halal atas alasan tidak wujud lagi ahli kitab dan kristian di Nizhniy tidak mengamalkan amalan kitab injil. Pendapat ini telah ditolak oleh beberapa lagi pendapat ulama lain yg mengatakan bahawa ahli kitab masih wujud (seperti dalam entry saya berkenaan ahli kitab itu). Jika beliau mengatakan bahawa majoriti penduduk nizhniy ialah atheist – kemungkinan pendapat mufti Nizhniy bahawa rostik itu haram akan saya terima. Dan umum diketahui bahawa Muslim di Rusia menggunakan mazhab Hanafi dan mengikut mazhab Hanafi waktu solat Asar adalah lebih lewat (panjang bayang 2 kali lebih panjang dari objek). Jumhur menyatakan pendapat ini lemah kerana pendapat yg lebih kuat ialah syafie di mana waktu Asar ialah tatkala panjang bayang sama dengan panjang objek. Wallahu’alam.

    Point ditimbulkan idea untuk membezakan antara kehendak dan keperluan hidup adalah penting..kehendak ini berlapis dengan “malas”,”mahal”,”enjoy” untuk menjustifikasikannya sebagai “perlu”…
    ingat ada orang yang langsung tak ada source makanan halal…hidup dengan chocolate bar sahaja..dengar kisah sahabat di kursk bercerita..nak dapatkan daging halal..masuk kampung berpuluh kilometer,beli lembu,sembelih,lapah sendiri untuk bawa balik ke kursk..logik akalnya..mereka jauh lebih “perlu”..

    Ye logik akalnya mereka lebih perlu. Dan logik akalnya seseorang muslim tidak perlu makan 2 ketul ayam halal apabila satu ketul sudah cukup. Logik akalnya seorang Muslim tidak perlu memakan ayam/daging halal apabila sayuran saje sudah cukup. Itu memang logik akal mengenai perlu dan hendak. Tapi seperti yg saya katakan; apakah ayam/daging itu berubah hukum halalnya apabila ada sayur? Adakah hukum kehalalan makanan kristian itu berubah walaupun ade banyak kedai halal seperti di Mesir?

    Jangan kata tidak wujud badan untuk mengkaji kehalalan makanan Rusia..jika search secara online pun insyaAllah jumpa..malah ada ayam dan produk2 lain,keluaran Rusia yang halal…jenama Pryoskol dalam plastik hijau..

    Memang ada alhamdulillah. Ayam yg ada tanda halal lebih diyakini kebersihannya kerana ia melalui standard yang sangat ketat utk mendapat pengesahan halal. Saya pun lebih rela membeli produk dari Kazan atau yg ade tanda halal sebab packaging lebih bersih dan indah pada pandangan mata. Tapi jika mahal…

    Islam itu mudah..tapi jangan dipermudahkan kerana kehendak..Nauzubillah..
    insha-Allah tak

    Maaf jika terkasar bahasa dan tersilap fakta..sila betulkan..

    Wallahualam…

  6. Salam saudara Faiz..
    Sedang-sedang menulis komen, teringat kata-kata seorang alim “Makruh untuk Ulamak berbahas tentang agama..dan Haram untuk orang awam untuk berbahas tentangnya(agama)”

    Pegang saja pendapat itu kalau rasa itulah pilihan terbaik sebagai seorang Muslim disana..
    Jika ada dicelah-celah komen saya diatas yang dikira baik..ambil..jika tidak..tong sampahkan saja..

    Semoga kita semua diberi Taufik dan Hidayah untuk memilih yang terbaik dari yang baik…

    Wallahualam..

  7. Salam Saudara Tuan Zamani,

    Saya tidaklah seburuk mahu tongsampahkan pendapat2 yg berbeza dengan saya. Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.

    Pendapat dan kesimpulan adalah seperti diagnosis. Bagaimana kita mahu buat diagnosis? Mula2 kita cari complains, signs and symptoms, physical examinations, lab studies yada yada yada sampai habis. Kemudian kita buat diagnosis. Selepas buat diagnosis kita ambil tindakan untuk mengubati…

    Begitu juga dengan pendapat dan kesimpulan. Dari mana datangnya pendapat dan kesimpulan itu? Jika kata2 “Makruh untuk Ulamak berbahas tentang agama..dan Haram untuk orang awam untuk berbahas tentangnya(agama)” datang dari seorang alim, saya ingin tahu atas sebab apakah beliau datang kepada kesimpulan itu. Bagi saya, agama Islam adalah rahmat untuk seluruh umat manusia, bukan untuk ulama saja. Jika perbincangan kecil pun diharamkan, apakah tinggal lagi keindahan dalam Islam?

    Begitu juga dengan pendapat dan kesimpulan mufti Nizhniy. Atas sebab apakah beliau mengharamkan Rostik dan makanan orang kristian di Nizhniy (atau Rusia)? Beliau sudah menyatakan sebab bahawa ahli kitab tidak lagi wujud di Nizhniy kerana mereka telah menyimpang. Pendapat ini telah pun ditolak oleh pendapat yg lebih kuat (sepertimana di dalam artikel sblm ini).

    Saya merasakan setiap pendapat dan kesimpulan perlu diketahui hujah2nya. Adakah sanggup kita menerima harga minyak naik RM 2.70 tanpa mengetahui sebab apakah PakLah yg kita sayangi itu menaikkan harga secara mendadak?

    Orang awam seperti saya langsung tiada autoriti untuk berijtihad (menyatakan pendapat dalam isu keagamaan). Namun saya boleh menyatakan pendapat saya untuk berittiba’ (mengikut pendapat yg sahih). Jika saya memilih untuk mengikut Qaradawi lebih dari mufti Nizhniy, itu adalah hak saya sebagai orang awam. Dan saya boleh nyatakan mengapa saya mahu memilih pendapat tersebut.

    Wallahu’alam.

  8. Salam…harapnya ini adalah komen terakhir saya untuk post ni..hehe

    saya berhenti kerana:
    1)takut hilang adab dan keikhlasan dalam berhujah
    2)takut kerana saudara Faiz mula menimbulkan tentang pendapat Mazhab..ini bukanlah bidang saya…saya hanya seorang awam dan saya tidak ada keberanian untuk mengatakan pendapat mana yang kuat atau lemah…

    The best awareness(Ma’rifa) is for man to have self awareness.
    and the best knowledge(‘Ilm) is for a man is to stop at his knowledge
    -Shaykh Abdullah Adhami

    Maaf jika ada tersilap kata..Semoga kita diberi Taufik dan Hidayah untuk memilih yang terbaik…

    Wallahualam..

    ps:tak silapnya Imam Manik(tak pasti ejaan ni betul ke tak) yang kata“Makruh untuk Ulamak berbahas tentang agama..dan Haram untuk orang awam untuk berbahas tentangnya(agama)” didengar dari satu kuliah Shaykh Hamza Yusuf..

  9. Saudara Tuan Zamani,

    Hilang adab tidak hanya terjadi pada orang awam. Ulama pun pernah hilang adab bila berbahas. Tengoklah channel2 TV arab, especially Memri TV, ulama’ berbahas macam nak makan orang saje. Saya anggap saudara sangatlah beradab dalam perbincangan ini. Mungkin saudara Tuan Zamani menganggap saya kurang adab, jadi saudara pun berhenti. Tak mengapalah.

    My point is: Tolerant people akan berbincang dengan beradab dan intolerant people berbincang dengan tidak beradab, regardless of his knowledge dalam bidang agama atau apa2 skali pun.

    Surely Shaykh Abdullah Adhami has his own wisdom. I could not really understand his philosophy. If you would kindly explain, I’d be very happy…

    You are more than welcome to comment again, if you change your mind.

  10. Salam,
    Saudara sangat beradab…saya tidak menafikannya;)
    saya berhenti bukanlah kerana saudara..it was my mistake to start..and I will end it..

    Wallahualam..

    I studied adab for thirty years and I studied knowledge for twenty years.- Ibn al-Mubarak

  11. now that we’ve got that cleared up, why don’t we start discussing things that are more important to the ummah…?
    just a suggestion.

    efenem: such as…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s