Siri tazkirah Ramadhan efenem: Doa orang yg dizalimi dimakbulkan Allah


Efenem bertazkirah:

 

  • Dilarang menahan seseorang tanpa perbicaraan. Kalau tidak, mereka adalah orang yg dizalimi. Doa orang yg dizalimi, muslim atau bukan muslim, akan dimakbulkan Allah.
  • Dilarang menyakiti dhimmi @ non-Muslim. Menyakiti mereka sama seperti menyakiti nabi.

  • Orang yang meniupkan api perkauman secara terang-terangan tanpa mahu memohon maaf haruslah ditahan sekarang. Tidak boleh menahan orang yang melaporkan berita yang sah mengenai pemain api perkauman itu. Itu ialah kezaliman, dan doa orang yg dizalimi dimakbulkan Allah.
  • Apabila kaum fasik seperti Ut*s*n membawa berita, haruslah menyiasat terlebih dahulu. Dan siasatlah juga blog-blog lain yang anda baca supaya anda tidak terlalu fanatik.
  • Tak perlu fitnah-memfitnah pasal Azan. Fitnah itu dosanya besar. Orang yg difitnah ialah orang yg dizalimi. Orang yg dizalimi, doanya akan dimakbulkan Allah.
  • Mempelajari kaedah pertanian betik dalam bulan Ramadhan adalah suatu perkara yang mulia. Lebih mulia lagi apabila tidak membazirkan wang rakyat.
  • Ramadhan ialah bulan yang mulia. Mari kita memuliakannya dengan mengaku kalah bila dah kalah. Terima kekalahan dengan bermaruah itu lebih baik.
  • Kalau tak mahu terima kekalahan, tak mengapa. Asalkan tidak menzalimi manusia lain. Menzalimi manusia tidaklah membatalkan puasa, tetapi akan membatalkan pahala puasa. Dan doa orang yg dizalimi akan dimakbulkan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s