Pengkid @ Tomboy diharamkan


KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.

Demonstrasi membantah pengharaman pengkid

Saya tak mempunyai apa-apa pendapat tentang pengkid dan tomboyism sebab mungkin saya tak pernah jumpa dan kenal dengan mereka. Tetapi, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sepatutnya lebih spesifik dan lebih bersikap intelek sebelum mengeluarkan fatwa:

  1. Apakah pendifinisian pengkid? Bagaimana definisi itu diperolehi?
  2. Apakah ciri-ciri pengkid itu?
  3. Adakah mereka telah melakukan survey/kajian yg menyeluruh terhadap pengkid? Pernahkah Jawatankuasa fatwa bercakap dan berkomunikasi dengan golongan pengkid ini?
  4. Jika gejala ini semakin berleluasa, di manakah statistiknya? Adakah peningkatan setiap tahun? Berapa peratus perempuan yg pengkid ini? Berapa peratuskah antara mereka ialah pelajar? Universiti manakah/ bandar manakah yg paling ramai pengkid?
  5. Apakah sempadan pemakaian, penampilan, tingkah laku seperti lelaki yang diharamkan oleh Islam?
  6. Apakah bahaya golongan pengkid ini terhadap masyarakat? Jika ada, apakah bukti/statistik?
  7. Apakah tindakan pemulihan yg Majlis Fatwa cadangkan kepada golongan ini?

Bukan masalah setuju atau tak setuju. Masalahnya Majlis Fatwa tidak berkualiti dalam menjelaskan kepada umum fatwa yg mereka keluarkan.

Sila baca di forum ini untuk pembahasan/diskusi yg lebih lanjut.

Sekian.

13 thoughts on “Pengkid @ Tomboy diharamkan

  1. Haha, apa tu berpakaian dan berpenampilan seperti lelaki? Pakai seluar, rambut pendek/botak?

    Truth be told, Nabi dulu was wearing a type of dress. Robes do look like dresses right? So shouldn’t there be a fatwa against robes/dresses?

    Women in African tribes often keep their hair short. Through historical documents and whatnot, we know that men of the Prophet’s time had shoulder length hair, should we not haram women to wear their hair thus?

    The forum thread is filled with sheep who doesn’t think deeper than a piring cawan. It’s filled of hate and, let’s face it, stupid arguments and is not helpful towards the discussion of this topic, methinks. Haha.

    Oh well.

  2. Salam bro,

    from my personal point of view, adakah wajar majlis fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman pengkid kerana yang jelasnya umum memang sudah tau pengkid tu haram. I am not questioning their credibility tapi perkara ini kan sudah jelas haram, lagipun bukankah fatwa dikeluarkan apabila timbulnya sesuatu isu atau maalah yang timbul dalam masayarakat dan belum jelas hukum mengenainya seperti rokok, dadah dll. sedangkan isu pengkid sudah jelas berdasarkan hadis di bawah:

    Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:

    “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”.

    majlis fatwa juga sepatutnya memberikan penjelasan selanjutnya tentang muzakarah sebelum fatwa dikeluarkan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada orang ramai. selain itu, apa langkah selanjutnya untuk membendung gejala tersebut?jika majlis fatwa sendiri berdiam diri akan menimbul diskriminasi dan prejudis yang tebal terhadap golongan tersebut seterusnya menyukarkan usaha dakwah utk membawa golongan ini ke pangkal jalan….diskusi ilmiah juga perlu dilakukan dengan golongan bukan islam untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan mereka.

  3. Aq rasa keputusan Majlis Fatwa tak wajar dipertikaikan kerana mereka pasti telah menjalankan siasatan berkenaan perkara ini. Siapa kita nak menghalalkan ape yang diharamkan Allah?

  4. Saudara Zulkifli,

    Tiada siapa yang mempertikaikan hukum Allah. Cuma kami mempersoalkan mengapa Majlis Fatwa (manusia tidak maksum yg membuat kesalahan juga) hanya bercakap HARAM kemudian lepas tangan seolah-olahnya tiada siasatan dilakukan.

    Kalau siasatan sudah dilakukan, sebarkan dan didiklah orang awam supaya mereka lebih tahu.

  5. standardniy a. majlis fatwa pn nmenye. dorg2 nih kire ilmuwan n keje ckp2 je a. yg watkn mnde tuh jadi org lain a ataupun kite sndrik. pd pndapat aku a. hoho.
    contoh praktikal seharian: kutuk a pengkid smpai dorg segan nk jd pengkid. mekasih

  6. kutuk?aku rasa golongan ni dah lali kena kutuk..adakah kutuk dan diskriminasi mampu menyelesaikan semua ni?adakah suatu hari terkena pada anak2 atau saudara korg one day, korg akn kutuk2 sampai jadi segan?adakah itu cara berilmu menyelesaikan sesuatu permasalahan?
    tepuk dada tanya selera

  7. salam semua
    pd pendapat saya kita ptt kembali kepada al-Quran dan sunnah supaya kita x sesat,,sebelum Rasulullah wafat, baginda telah berpesan bahawa baginda tinggalkan kita 2 perkara dan kita xkan sesat selagi kita perpegang kepadanya(keduanya) iaitu al-Quran dan Sunnah..
    so masalahnya mereka y jd pengkid ni x bace al-Quran or bace tapi x phm ap isinya sbb 2 la xtau hukum..
    n pemikiran kita skrg ni bkn lg pemikirn spt ulama2 zaman kegemilangn islam,,kita sekarang pk dunia,akhirt pk bila da tua,sape ajar? penjajah,,npe la x sedar ni semua mainan musuh islam y benci melihat islam berkembang,, sedarlah, berubah lah sebelum terlambat.
    sekian.

  8. Saya ada satu soalan. Kalau yg pengkid tu mmg la xnmpak cm prempuan lg dh, but as for Tomboy, though diorg diorg rmbut pndek and all, tp still nmpak mcm prempuan lg. Kalo yg cm2 dikira haram jugak ke?
    Thanks

  9. salam semua…
    bagi pandangan sayalah kan, mungkin golongan seperti ini ada sejarah tersendiri mengapa mereka jd begini..
    persoalan ni hanya mereka yang mampu jawab.. kita hanya menafsirkan hasil daripada pengalaman mereka..
    tapi apapun, semoga golongan pengkid ini akan sedar bahawa budaya songsang merekA ini adalah SALAH………..

  10. ape yg sy tahu sekarang ni pengkid tidak lagi berabut pendek dan kebayakan dari mereka yg terpelajar atau usia bawah 30 ramai yang mempunyai rupa ala2 orang jepun,korea,thai. mereka membawa imej mereka tersendiri, mereka tidak la kasar sebenarnya. ada yg jadi pengkid sebab pembawakan dari kecil dan ada yg jadi pengkid sbb sejarah mereka. tapi golongan ini mempunyai cara penampilan yang berbeza. kebanyakkan pengkid yang membawa cara yang berbeza. ada byk jenis pengkid disini. bila ada orang tanya kenapa pengkid senag dapat aweq cun? kita lihat pada pengkid itu tersendiri sama ada die mempunyai perwatakkan yang menawan atau pon tidak. pengkid dulu dan kini agak berbeza dari segi penampilan. rasenye klo ade lelaki yang melihat pengkid2 yang ala2 korea mesti punya nak buat dorang jadi calon istri sebabkan mereka nampak begitu comel dan manje. saya suka tengok yang comel lagipon saya percaya satu hari nanti mereka akan berkawin juga. biasalah manusia sentiasa membuat kesilapan dan semua tu hanya ujian untuk dorang. sampai seru nanti mereka akan kawin juga sebab da makin ramai laki sukakan pengkid yang comel2 ala2 muka korea gitu. allah pon sygkan hamba2nya juga dan dia pon xkan biakan hambanya terus hanyut. sebab die dah jadi kan manusia ni berpasangan. cume dorag tu lambat temu jodoh jer..😀

  11. Salam…

    Majlis Fatwa tidak sewenang2nya nk jatuh hukum melainkan ada kajian dan penyelidikan yg rapi. Mereka ada panel penyelidik, segala hukum/fatwa yg ditetapkan bkn semata2 dpd kitab2 agama sahaja malahan pelbagai sumber cth Fatwa Haram Merokok, ia berdasarkan kajian klinikal. Pengkid pon begitu juga, kalau sesiapa yg rajin bukak Kitab Riadhus Solihin karangan Imam an Nawawi, terdapat hadis sohih yg menyebutkan hukum perempuan menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai perempuan. Perkara itu disebut dalam hadis nabi. Kalau hadis pon kita tidak mahu ikut, maka adakah nak dikatakan kita beriman dengan nabi?. Beriman dgn nabi dan rasul adalah rukun IMAN.

    Kita hanya bercakap bahwa mereka akan sedar suatu hari nanti, memang la hidayah itu dtg dpd Allah, tetapi jika kita tak membuka ruang2 untuk hidayah,maka mustahil sebegitu mudah nak memperolehi hidayah. Nak berubah ni melibatkan byk perkara, nak berubah tp masih tinggal dalam suasana/tempat/keadaan yg masih kuat mendorong kekal sedemikian, nak berubah macam mana? Salah satunya sistem,peraturan dan undang2, melalui penguatkuasaan sedikit sebanyak membantu golongan tersebut untuk berubah. kalau kita tolak fatwa, maka bermakna kita menolak hukum Islam, menolak al Quran dan Sunnah nabi, mereka (majlis fatwa) berhukum berdasarkan kedua2 sumber tersebut. Wallahua’lam

  12. Salam

    Seperkara lagi, semua pihak harus memainkan peranan bg membendung bkn sahaja dalam isu pengkid ini, malahan segala isu melibatkan maslahah ummah. Pihak yang berwajib spt Majlis Fatwa, JAKIM, Jab Agama Negeri, NGO’s Islam dan sebagainya harus duduk semeja menyenaraikan lgkh2 proaktif utk membendung dan seterusnya menyebarkan dakwah kepada masyarakat agar ianya tidak mengelirukan dan dikelirukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s