Boikot lagi


  • Memboikot barangan Amerika tidak akan menghalang Amerika daripada memberikan dana kepada Israel. Namun, boikot adalah perkara yg paling kecil setiap Muslim boleh lakukan demi menunjukkan kebengangan masyarakat kita terhadap apa yg berlaku di Palestin.
  • Jika mahu boikot dengan skala besar, kita perlu memboikot Amerika, Israel dan sekutu mereka sekaligus. Bukan sahaja dari segi ekonomi, malah dari segi diplomatik juga. Namun, memutuskan hubungan diplomatik mempunyai implikasi yg buruk terhadap Malaysia dalam skala besar juga. Ramai orang hilang pekerjaan di syarikat-syarikat besar, tiada pemindahan teknologi ke Malaysia, ubat-ubatan disekat, ekonomi lumpuh, pembantutan bioteknologi, kualiti pendidikan merosot dan lain-lain.

  • Kekerasan dilawan menggunakan kekerasan. Jika Muslim diperangi dengan senjata api dan roket yg sofistikated, Muslim perlu melawan menggunakan senjata yg serupa dari segi sofistikatednya. Begitu juga jika ada kritikan keras dilemparkan terhadap Islam secara penulisan contohnye, diperangi semula secara penulisan. Bukan kekerasan fizikal seperti yg dilaung-laungkan terhadap Wafa Sultan, Amina Wadud, Salman Rushdie dan lain-lain. Bantuan kewangan ke Palestin semata-mata tidak boleh menghalang roket Israel daripada mengebom bumi Palestin.
  • Bantuan militari adalah lebih praktikal.Namun siapa yg berani? Amerika suka-suki saja melabel sesebuah negara, organisasi atau individu sebagai teroris. Dan mereka kemudiannya diburu.
  • Terpulang kepada sesuatu individu untuk memboikot atau tidak. Persoalan memboikot ini adalah “grey area”, ulama pun tidak boleh secara spesifiknya memberi garis panduan yg jelas mengenai pemboikotan ini. Jika setiap kali Islam diserang (Palestin, kartun nabi Muhammad SAW, filem Fitna) resolusinya diikuti pemboikotan terhadap produk negara tersebut, yg lumpuhnya ialah syarikat-syarikat mereka. Masalah sebenar (pengeboman Palestin, penghinaan terhadap nabi Muhammad dan Islam) masih tidak diatasi.
  • Boikot tidak mengatasi masalah sebenar. Hanya menunjukkan kemarahan masyarakat Muslim terhadap mereka sahaja. Namun, bagi individu kecil seperti kita, boikot sahajalah yg boleh dilakukan.

One thought on “Boikot lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s