Extremely sensitive issue


Isu gay dan lesbian sepatutnya diperhalusi dengan lebih mendalam kerana topik ini amat sensitif, bukan di Malaysia sahaja, malah di negara barat pun sensitif juga. Ramai orang menganggap golongan gay dan lesbian ini sebagai barah dalam masyarakat, maka timbullah stigma bahawa segala yang gay dan segala yang lesbian sepatutnya dihapuskan. Ini antara beberapa salah faham masyarakat kita terhadap golongan gay dan lesbian:

  1. Semua gay dan lesbian gila seks. Lelaki normal tak mahu berdekatan/berkawan dengan lelaki gay kerana takut diliwat, begitu juga dengan wanita. Sebenarnya, bukan semua lelaki gay dan wanita lesbian gila seks. Mereka hanya mempunyai orientasi seksual terhadap jantina sejenis sahaja. Seperti orang normal, mereka juga mempunyai taste terhadap lelaki atau wanita tertentu. Lelaki gay tidak semestinya menyukai semua lelaki yang ditemuinya dan wanita lesbian juga tidak semestinya menyukai semua wanita yg ditemuinya… Begitu juga dengan lelaki normal, bukan semua jenis wanita disukainya. Perlu diingatkan ada juga lelaki normal yg gila seks terhadap wanita…
  2. Pengakuan “saya gay/lesbian” adalah taboo. Dalam masyarakat Melayu Muslim, pengakuan “saya gay/lesbian” masih lagi menjadi taboo. Orang masih tidak dapat menerima kewujudan gay dan lesbian di dalam masyarakat. Namun, mereka tetap wujud. Perlu diingatkan bahawa jalan terbaik untuk mengubati ketagihan dadah dan alkohol adalah melalui pengakuan “Saya penagih dadah” atau “saya alkoholik”. Dengan pengakuan sebegitu, ramai penagih dadah dan peminum kuat sudah pulang ke pangkal jalan dalam program pemulihan. Begitu juga dengan gay dan lesbian. Pengakuan “saya gay/lesbian” adalah penting sebelum melalui apa-apa program pemulihan atau sokongan. Malangnya, ramai ibu bapa tidak sanggup menerima pengakuan tersebut dan lebih ekstrim sehingga tidak mengaku anak. Masyarakat apatah lagi memulau golongan ini. Adakah pemulauan dan pemboikotan akan berjaya menyelesaikan apa-apa masalah?
  3. Golongan gay dan lesbian tidak sepatutnya terlibat aktif dalam Islam. Sudah menjadi taboo masyarakat Islam bahawa golongan gay dan lesbian tidak sepatutnya terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan. Alasannya, sembahyang mereka tidak diterima, pahala mereka tidak diberi dan mereka berdosa besar di sisi Allah. Masyarakat Islam perlu tahu bahawa golongan gay dan lesbian tetap wujud dalam masyarakat dan mereka juga ingin terlibat dalam aktiviti kerohanian dan keagamaan. Malah mereka juga memberi sumbangan besar terhadap masjid. Jika masyarakat Islam tidak memulaukan golongan ini, mereka akan lebih senang didekati dan difahami, dan jika mampu, dipulihkan. Ini juga dapat mengelak golongan gay/lesbian daripada keluar menganut agama lain yang dapat menerima mereka dengan tangan yg terbuka. Sokongan spiritual amat penting bagi setiap manusia, begitu juga golongan gay dan lesbian.
  4. Golongan gay adalah barah masyrakat dan patut direjam sampai mati. Jika begitulah sepatutnya, ramai di antara rakan-rakan dan ahli keluarga kita sepatutnya direjam kerana mereka adalah barah masyarakat. Adakah sanggup kita lihat rakan dan ahli keluarga kita dipulaukan dan dihukum sedemikian rupa? Jika mereka boleh memilih, tentunya mereka tidak akan mahu jadi gay kerana akan dianggap sebagai barah dan dihukum rejam.

Jika ada apa-apa yang mahu ditambah, dipersilakan. Terima kasih.

Well, I think above is a very sensitive, serious and intense discussion about gays and Islam. Let us have a little humor. Do you know, that the bird is the word?

8 thoughts on “Extremely sensitive issue

  1. wowowo.. u gotta change the attitude hazreen! some gays might be offended!😛

    anyways, i guess its pretty hard to change the society’s view on this matter. hard to make ppl think the way we think, or see smth the way we see it. it all depends on the knowledge/education level of a person and how ‘open’ he/she is when dealing with this issue. sometimes it is easier to say this and that, suggest this n that on improving the situation but when it comes to real life, not many are willing to get involve in helping diz group of ppl. heck i myself wont be too comfortable to be in a room full of b@poks.. (hehe.. eventho they r pretty different from gays..). i bet u too faiz! haha~

    so yeah, sometimes not the individual is at fault, but the society is.. maybe one is willing to change for good but due to the society’s never-change perception, he’s back to what he was.. what a pity.

    i cant really offer any ideas on how to change the society view on gays/alcoholics/junkies/etc.. heck it might actually take decades if not years to actually achieve the results that we want. so yeah, i guess to change the society, we must 1stly start with ourselves.. change our perception, our negative thoughts, befriend with them, guide them etc. like the movie ‘pay it forward’. it all started with a boy trying to make earth a better place to live. who could have imagined a 12-year old boy can make such a big change in life. so yeah, maybe we can be the next Haley Joel Osment when it comes to this matter. hehe!~

  2. i can accept gay people n tht they have tendency to same sex, but i dislike the gay or les culture.. guy should dress n act like guy.. and girl should act n dress accordingly… n not like trying to be a wannabe.. if they like a guy who is girlish…doesn’t that means they like girl?? or girl who like penkid/tomboy..cam sama jer.. n if i have gay/les frens i will not pulau them, i’ll try bring them back to islam way of life..iA.. this is sensitive issue, i agree with faiz, but we still need to solve this, i believe that ppl become gay/les not by nature but dt environmental or personal exper. factor.. n i do think we can never eliminate gay/les community.. becoz mb it’s the matter of the heart..when u love someone, what can u do? well this is where self-control n islam can help.. may Allah put us in the right path…amin.

  3. for me i believe not all gays are gay purely by choice.most of them do have gay instincts from the beginning of their childhood..what do u guys think about this, is it wrong to be gay or is it just wrong to have anal sex? (in islamic pov of course)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s