Oh Nua Bereheng!


Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Sumber: Blog Anwar Ibrahim

Saya amat seronok dengan Datuk Seri yang mengatakan ADUN Lunas yang baru keluar PKR berprestasi lemah dan mempunyai masalah perkahwinan di Thailand. Ini menunjukkan ADUN PKR lain berprestasi hebat dan tidak mempunyai masalah perkahwinan. Sungguh berwibawa PKR ini, tidak pernah langsung mengkhianati amanah rakyat.

Marilah kita mengambil 30 ahli Parlimen (MP) daripada Barisan Nasional yang berprestasi tinggi dan tidak mempunyai masalah perkahwinan lompat masuk PKR supaya boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan. Sesungguhnya lompat-melompat itu adalah sesuatu yang mulia kerana tiada pengkhianatan amanah rakyat berlaku di situ.

Kemungkinan Datuk Seri boleh lagi mendapatkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat menubuhkan  kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri pada 16 September 2009 kerana Datuk Seri berprestasi tinggi dan tiada masalah perkahwinan.

Datuk Seri sebagai ketua pembangkang perlulah selalu berpolitik,  tidak perlu buang masa membangunkan negeri yg dikuasai Pakatan Rakyat (PR) atau kawasan-kawasan yg dimenangi PR pilihanraya umum dan pilihanraya kecil itu hari. Tahniah diucapkan kerana blog Datuk Seri telah pun membuktikan Datuk Seri selalu berpolitik dan tidak pernah mengkhianati amanah rakyat.

Ini menunjukkan Datuk Seri adalah seorang yang berprestasi tinggi dan tiada masalah perkahwinan


3 thoughts on “Oh Nua Bereheng!

    • I disagree. We need good government and good opposition so that the people won’t suffer.

      A weak government and aggressive opposition is no good for the country. A strong government and weak opposition will create a dictatorship governance. Now that the government has got rid of weak PakLah, it’s time for the opposition to oust Anwar Ibrahim.

      It’s me, my family, my friends, my job, my life, my education, my money, my freedom and my rights that I care about… not Barisan Nasional, not opposition.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s