Bulan Fiqh NNSMA


No Ikhtilat!

Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur PPIM kerana menganjurkan bulan fiqh di Nizhniy bagi meningkatkan kefahaman fiqh Islami untuk masyarakat Muslim di NNSMA. Insha-Allah segala usaha dan tenaga yang dicurahkan tidak akan menjadi sia-sia.

Semalam saya mengikuti bengkel Fiqh Ikhtilat atau Fiqh pergaulan lelaki dan perempuan. Sebenarnya saya lebih mengharapkan penerangan mengenai batas-batas pergaulan lelaki dan wanita, prinsip-prinsip asasnya dan menyelesaikan beberapa persoalan mengenai kehidupan di NNSMA. Tetapi hanya 15 minit terakhir bengkel tersebut saja ada penerangan mengenai pergaulan lelaki dan wanita. Tidak mengapalah, ada juga…

Saya juga ada membaca di buku-buku, akhbar, majalah dan website mengenai penerangan fiqh hubungan lelaki dan perempuan. Penerangannya bagus, tetapi adakah ia praktikal untuk kehidupan seharian seorang pelajar Muslim di luar negara?

Ramai pelajar, hatta ulama sekalipun, menggunakan ayat “Jangan dekati zina” sebagai asas kepada pergaulan lelaki dan perempuan. Tiada pula yg merujuk kepada al-Hujurat ayat 13 yang menyuruh kita berkenalan. Semalam, diceritakan juga bagaimana penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan, khalwat yg boleh membawa kepada zina. Diberikan contoh untuk pengecualian (berubat, muamalat, belajar etc)

Tidak apalah saya tak nak cakap lebih-lebih mengenai ayat Quran dan hadis. Kalau bekas mufti pun boleh kena tangkap sebab ceramah tanpa tauliah, apatah lagi orang kecil seperti diriku ini. Di sini saya akan menimbulkan beberapa persoalan mengenai hubungan lelaki dan perempuan, spesifik bagi pelajar luar negara yang tinggal di asrama.

Jangan dekati zina

Derek and Meredith: Grey's Anatomy

Mengapa sentiasa menggunakan “jangan dekati zina” sebagai asas? Apabila seorang Muslim dan Muslimah bertemu, adakah perkara yg pertama dalam pemikiran mereka ialah berzina? Adakah memberi salam dan bertanya khabar membawa kepada zina? Bertukar nota boleh mendekati zina? Masak di dapur yg sama mendekati zina?

Zina adalah haram dan segala yg mendekati zina adalah haram. Jadi, segala interaksi lelaki dan wanita di asrama kita adalah haram? Menghantar pelajar ke luar negara adalah haram??

Persoalan yg saya mahu timbulkan di sini – jika zina dianggap step yg terakhir, how many steps back can lead to adultery? 3 or 4 steps back, yes it would (foreplay, kissing, touching, manja-manja). How about 30 steps back – seperti memberi salam dan bertanya khabar? Adakah Muslim ini tiada self-control sampai semua perkara pun boleh mendekati zina?

Tidak praktikal

Majlis Aidilfitri

Gambar raya tahun lepas

Walaupun kita sering diingatkan lelaki dan wanita tidak boleh bergaul bersama, tapi kebanyakan antara kita masih bergaul bersama juga, hatta golongan yg dikatakan kuat agama sekalipun. Masak bersama, belajar bersama, pergi kelas bersama, membeli-belah bersama. Hatta Malaysian Night pun… oops!! (Malaysian Night masih dianggap maksiat oleh sesetengah golongan)… Hatta rumah terbuka dan majlis sambutan Raya pun boleh dikatakan maksiat juga kerana ada pergaulan lelaki dan wanita.

Pergaulan lelaki dan wanita langsung tidak dapat dielakkan. Bukan setakat belajar, muamalat, berubat saja. Interaksi sosial juga tidak dapat dielakkan. Kalau tidak mahu bertemu dengan golongan berlainan jantina, pergilah ke universiti lelaki sahaja atau wanita sahaja.

Jadi, kebanyakan fatwa dan pendapat mengenai hubungan lelaki dan wanita yg dikeluarkan oleh mufti dan ustaz kita tidak praktikal untuk kehidupan seharian. Lelaki dan wanita perlu bersosial juga. Masyarakat yang memisahkan perhubungan sosial lelaki dan wanita hanya akan mendominasikan lelaki dan menindas wanita.

Khalwat & dating – the real deal

Dinner Dating Reading UK

Hukum popular mengenai khalwat dan dating ini menjurus kepada haram. Inilah yang mereka katakan mendekati zina. Kalau tak kahwin lagi, dilarang keluar bersama. Dilarang bercerita mengenai kehidupan peribadi masing-masing. Dilarang bercinta dan merindu kerana itu zina hati dan sebagainya.

Tanyalah mana-mana suami isteri sekarang ini, adakah mereka pernah walaupun sekali keluar dating sebelum kahwin? Hampir 100% akan jawab YA! Jika tidak mengenali pasangan anda secara mendalam sebelum kahwin, akibatnya boleh jadi macam cerita Ayat-ayat Cinta, suami kena tangkap, tapi si isteri tak tahu apa-apa pasal si suami.

Tidaklah saya mahu mempertikai apa-apa hukum. Setiap permasalahan ada jawapannya. Permasalahan dating ini memerlukan beberapa revision, bukan dilihat hanya dari sudut “mendekati zina” sahaja.

Penutup

Bulan Fiqh Islami ini memang berguna, tapi berilah contoh-contoh dan penyelesaian yang lebih praktikal, atau selamanya kita berada dalam dilema kejahilan dan bulan fiqh ini tidak memberi manfaat jangka panjang.

14 thoughts on “Bulan Fiqh NNSMA

  1. i hv to agree with this post eventho i didnt go for that fiqh ikhtilat last nite so i cant comment much on that part. ;-p sometimes, i think some ‘so-called pious’ muslim guys nowadays are so judgmental towards muslim girls, they only make things worse with their insensitive comments and acts. its like they are so saint, whatever they said matters and they can do wrong without being called bad but others would totally be labeled by this group as ‘spoiled’ or ‘kurang didikan agama’. as for that zina part, sometimes i wonder how low is a guy’s threshold to sex arousal? i know in Islam, everything is mostly about prevention is better than cure, so its better to stay away from anything that could lead to ‘smth that we might regret later in life’… but, if by guys n girls studying together, or going to class together or shopping together in ashan buying food stuff or talking in the corridor about tomorrow’s topic could lead a guy to somekind of sexual fantasy.. i personally think these kinda guys need some help. like seriously?

  2. terima kasih atas komen yg diberikan….
    Bulan Fiqh ni sgt sukar utk dilaksanakn utk pengetahuan FNM kerana tiada ustaz2 mahupon ulama2 yg ada di sini utk menerangknnya kpd kita.(adalah ustaz2 ruski di msjd tp kalo die ckp kite x berape faham plak)…oleh sebab itu isu2 yg dibangkitkan semlm x menyentuh secara spesifik apakah haram dan apakah yg halal…
    Dan mengenai masak di dapor, tukar2 nota, dan sbgnya tu bukannya dinyatakan HARAM, ttp boleyh menjadi HARAM dalam keadaan tertentu, especially dlm keadaan2 yg boleh menimbulkn syak dan fitnah..Islam x pernah menyusahkan umatnya.
    Sbb tu FIQH IKHTILAT ni amat ssh nk disampaikn jika ingin membicarakan bab HUKUM.oleh sbb itulah kita berbincang lebih kpd konsep…tmbh2 lagi penyampai smlm adalah seorg yg ilmunya kurang dan tidak arif dlm bab Fiqh tp sekadar ingin berkongsi..

    • Terima kasih atas penerangan. Persoalan hukum memanglah bukan kita yg perlu sampaikan, tapi berdasarkan beberapa forum dan pendapat popular (di NNSMA, forum iluvislam, blog, ulama etc), saya menyatakan kurang stuju dengan konsep pergaulan lelaki dan perempuan yg dibawakan, bukan konsep yg dibawakan semalam saja.

      Dalam hal2 tertentu, yang harus pun boleh jadi haram, itu semua kita tahu. Tetapi apa yg kita tidak pasti adalah sempadan atau batas yg menggariskan antara yg boleh dan tidak. Kebanyakan ustaz cakap tidak boleh kerana itu convenient bagi mereka. Tetapi sebagai pelajar dan orang muda, kita yang sentiasa berada dalam dilema. Terima kasih atas perkongsian semalam, kita bukanlah mahu orang yg perfect dan tinggi ilmunya, tetapi orang yang sanggup berkongsi dan yakin perkongsiannya boleh membawa manfaat secara praktikal.

    • Thanks for the link.
      The blog entry talks about polis cinta dan golongan yang cuba membanteras dating. Walaupun saifulislam memberi peringatan kepada polis cinta supaya lebih berhemah dalam tugasan mereka, namun beliau tidak memberi jawapan yg praktikal bagi golongan yg bercinta itu sendiri.
      Kalau ada, sila link kan ye… Terima kasih

  3. Salam,

    – Seakan2 dapat memahami keadaan serba kekurangan yg dihadapi oleh pihak BTK dlm menghandle soalan2 fiqh

    – Begitu juga bersetuju dengan hujah2 yg dikemukakan oleh penceramah pada malam itu.

    – Dan mengakui kebenaran hujah-hujah faiz diatas. Terima kasih kepada faiz atas komen2 yg membina.

    – Tp komen jatdin tuh agak emosi skit. Plus inilah kali pertama aku dgr perkataan : ’spoiled’ or ‘kurang didikan agama’ iaitu dari jatdin sendiri =)

    -zulhusni-

  4. salam..

    artikel yang penuh pengisian. walaupon applicable untuk yang tinggal di luar negara je (xkan kat msia pon nak memasak skali?? eh, ke ade??), tapi still buleh diaplikasikan bagi kami student di msia.

    secara jujur, gruping di u ana masih lagi mengekalkan percampuran siswa siswi dengan alasan, realiti jurutera di luar sana adalah bekerja dalam team yang semestinya ada pelbagai kaum dan bangsa. bagi ana, ini adalah latihan untuk menjage ikhtilat itu seniri. jika ikhtilat dalam grup di u pon dah tewas, muhasabah diri balik, sebab dunia industri di luar nanti adalah lebih mencabar.

    Allahu a’lam..

    syukran for this entry!

  5. Salam,

    Berkenaan berapa step backward baru haram. saya ingin menyatakan ada hadith Nabi S.A.W. yang mengatakan zina berpunca drpd pandangan. Hubungan antara lelaki dan wanita seboleh2nya dielakkan melainkan dalam keadaan yang amat mendesak seperti yang boleh dilihat dengan jelas pada perkara2 yang dikecualikan (berubat dan sebagainya).

    Wallahu a’lam

    • Salam, terima kasih atas penerangan.
      Zina memang bermula daripada pandangan. Tapi berapa peratus pandangan yang membawa kepada zina??? Sangatlah rendah. Lagi2 dalam masyarakat Melayu, bila balik kampung, sepupu sepapat kenalan yg berlainan jantina semua bertanya khabar mengenai kita, sembang2 pasal keluarga, kerja, pengajian atau sebagainya. Adakah itu dikira mendekati zina?

  6. salam,

    Bersembang sesama keluarga tidak dilarang oleh Islam tetapi mesti menjaga batasannya jarakkan posisi duduk jangan sesama bukan mahram duduk sebelah menyebelah seperti mahram, dan ketika bercakap jangan memandang tepat ke muka tetapi kearah telinga sedikit untuk mengelakkan syaitan membisikkan godaan yang membawa kepada zina itu.

    Wallahu a’lam.

  7. you have valid points there… Muslims always see things in black and whiite, this haram that halal. They dont consider many factors when seeing an issue. Thanks for the post

  8. “…Tanyalah mana-mana suami isteri sekarang ini, adakah mereka pernah walaupun sekali keluar dating sebelum kahwin? Hampir 100% akan jawab YA! Jika tidak mengenali pasangan anda secara mendalam sebelum kahwin, akibatnya boleh jadi macam cerita Ayat-ayat Cinta, suami kena tangkap, tapi si isteri tak tahu apa-apa pasal si suami…”

    minta maaf tanya, saudara/saudari pernah tanya atau search dari Unit Bait Muslim psl mcm mana nak ‘berkenalan’ & kaedah research latar belakang si fulan / fulanah tu? jawapan mrk masih x dpt menjawab soalan ye? Senior sy pernah terangkan psl ni dan sy sgt yakin dgn pnerangan tu cuma terlalu panjang utk taip di sini. Pnerangan tu kalo digabungkan dgn ‘skema’ yg diberi ustaz2, applicable juga. Bukan tak praktikal langsung.

    ikut kefahaman saya, saya ambil konsep,”kalau tak perlu (tak darurat) tak payah nak ‘contact’ ikhwah” atau ‘tiba2 nak jalan sama2 laki prempuan tanpa hal penting.’ Tak susah pun. Mmg selalu juga timbul isu, “contoh yg diberi tak dpt nk masuk dgn dilemma…” mcm yg dikatakan penulis…

    p/s: Islam tu teliti. Pndangan hati bersih selalu tajam. Pandangan akal kdg2 boleh menipu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s