Hiburan Islami


Di sini saya ingin timbulkan beberapa soalan mengenai dunia seni, ada yg berbentuk sarkastik, ada yang tidak. Saya masih terbuka untuk teguran dan mencari kebenaran. Post ini adalah respons kepada blog MFR.

1. Ulama kontemporari Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa menonton filem itu halal asalkan mengikut beberapa syarat tertentu. Tetapi adakah beliau lupa, terdapat ayat di dalam al-Quran yg menyuruh kita menjaga pandangan mata dan kemaluan? Jadi, bukankah lelaki tidak boleh menonton wanita dan wanita tidak boleh memandang lelaki dalam filem? Adakah menonton filem/drama/TV yg berbentuk gambar bergerak itu haram?

2. Sesetengah orang berkata haram bagi wanita menari dan menyanyi (menasyid) di hadapan lelaki. Bukankah lelaki pun tidak boleh menyanyi dan menari di hadapan wanita kerana lelaki dan wanita mesti menjaga pandangan mata masing-masing?

3. Syarat bagi menonton drama atau filem yg halal ialah tayangan tersebut mesti menutup aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan wanita dan tiada pertunjukan mungkar. Jika tayangan tersebut menunjukkan kemungkaran ini, adakah produksi drama tersebut haram? Adakah menontonnya juga haram?

4. Bukankah yg mendefinisikan filem atau drama ialah kandungannya dan mesej yg ingin disampaikannya? Contohnya, “big picture” ialah lelaki yg tersesat ingin pulang ke pangkal jalan, tidakkah perlu penggambaran kemungkaran yang sedikit sebagai “small jigsaw pieces” demi penghayatan drama tersebut?

5. Jika pelakon yg tidak tutup aurat dalam drama itu haram lakonannya, adakah guru, doktor, arkitek, tukang kebun, tukang cuci, pekedai runcit, pembaca berita yang tidak menutup aurat itu (terutamanya wanita) haram pekerjaannya? Adakah gaji yg mereka terima pun haram? (syarat bagi wanita Muslim yg bekerja ialah menutup aurat, sepertimana yg digariskan oleh para ulama, sama juga bagi lakonan wanita dalam drama)

6. Adakah penerbit, pengarah dan penulis skrip sesuatu drama itu dikira fasiq, munafiq, liberal dan sekular jika membenarkan pelakon mereka tidak menutup aurat? Jika begitu, adakah ketua jabatan yg membenarkan anak buahnya tidak menutup aurat sepenuhnya di waktu pejabat dikira fasiq, munafiq, liberal dan sekular juga?

7. Selain satu filem “kasut” dari Iran, drama atau filem Islami mana lagi yang pernah memenangi anugerah prestij? Kalau ada pun, adakah ia 100% mengikut syariat Islam?

8. Saya menyokong produksi filem yg 100% mengikut syariat Islam. Tetapi garis panduan yg diberi oleh ulama setakat ini seolah-olah main lepas tangan saja. Ulama kata macam ini, tapi pengarah drama pula malas nak layan sebab “tidak praktikal” atau “susah sangat”. Adalah penting bagi ulama duduk bersama pengkarya berbincang, kerana bukan semua ulama tahu pasal dunia seni dan tidak semua pengkarya ambil kisah hukum-hakam Islam.

Jika ada sesiapa yg boleh memberi pencerahan, dipersilakan.

6 thoughts on “Hiburan Islami

  1. salam faiz najmi.

    siapalah aku utk pertikaikan keikhlasan hang tapi aku tertanya2 adakah hang bertanya untuk mendapatkan jawapan atau hang bertanya untuk menghentam ulamak yang keluarkan fatwa macam Al Qardhawi?

    Untuk keluarkan fatwa tentang perkara yang bercampur baur perkara halal dan haram ada tingkat2 maslahatnya, kaedah usul fikh dan macam macam lagi. seoarng tok syeikh besaq macam Al Qardhawi tak keluarkan fatwa suka suki macam kita rasa tiba-tiba aku nak tulis bloglah hari ni maka kita pun tulis blog.

    Kalau hang sendiri pun tau bukak aurat dan perkara-perkara sewaktu dengannya dalam filem tu haram sambil dalam waktu yang sama dalam post sebelumnya hang sangat asyik bercerita pasal siri-siri TV kegemaran hang, seriously dude, why even bother?

    maaf aku tak dapat share pencerahan yg hang harapkan dan maafkan aku kalau komen ini bersifat menyerang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s