My letter to JPA Moscow – document legalization


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya Faiz Najmi, bekas Presiden MSA Nizhniy Novgorod State Medical Academy 2008/2009, dan Penasihat MSA 2009/2010 ingin mengemukakan beberapa masalah yg kami hadapi mengenai SPM/STPM document legalization bagi pelajar tahun akhir sesi 2009/2010.

Menurut arahan terbaru daripada kementerian kesihatan Russian Federation, kami perlu dapatkan 3 stamps (MoE, MoFA dan Russian Embassy) ke atas sijil asal SPM/STPM. Ini berbeza dengan apa yg diberitahu sebelum ini oleh Dean’s Office kami dan Encik Azman (pegawai JPA sebelum ini).

Ini merupakan satu masalah besar kerana:

1. Ada di antara kami yg telah lakukan apa yg sepatutnya melalui Russian Resources dan Russian Embassy di Kuala Lumpur, tetapi pihak Dean’s Office kata salah dan ia perlu diperbetulkan.

2. Ada di antara kami yg sijil asal SPM/STPM berada di Malaysia. Untuk mendapatkan 3 stamps dan diposkan ke Nizhniy Novgorod adalah satu risiko yg besar (masalah kehilangan terutamanya).

3. Ada di antara kami yg memegang sijil asal SPM/STPM di Nizhniy Novgorod, tetapi perlu pergi ke Moscow untuk mendapatkan pengesahan dokumen SPM/STPM. Sedangkan kami tidak tahu menahu apa-apa tentang pejabat pengesahan di Moscow itu. Pengesahan sijil SPM/STPM tidak boleh dibuat di Nizhniy Novgorod.

4. Masalah universal – kewangan. Proses pengesahan ini tiada harga yg standard. Mereka yg perlu lakukan semula melalui Russian Resources dan Russian embassy perlu membayar sekali lagi. Mereka yg mempunyai sijil STPM perlu membayar untuk SPM dan STPM. Dan proses ini tidaklah murah.

Oleh itu, saya bagi pihak pelajar tahun akhir di Nizhniy Novgorod State Medical Academy ingin meminta nasihat dan bantuan professional dari pihak Tuan/Puan kerana pihak Dean’s Office kami dengan sewenangnya berkata "baliklah Malaysia untuk mengambil stamps itu" seolahnya itu adalah masalah matematik darjah satu bagi mereka.

Ribuan terima kasih.

Faiz Najmi bin Mansor

* We shall await the reply…

11 thoughts on “My letter to JPA Moscow – document legalization

  1. yah.. benda ni buat sakit kepala saja! spatutnya Russian MoH duduk semeja dgn embassy n wakil dr uni n keluarkn satu guideline… kan lg senang.. ini uni ckp laen, then ckp benda laen..nex day benda laen..

    cost benda ni smpai ribu2 bila kena buat 2-3 kali..

    mayb diorng sengaja nk buat duit

  2. okay. noted. saya pon masih tunggu pegawai di kedutaan besar malaysia di moscow buat panggilan kepada saya untuk bincang hal certificate nih. harap semua dpt bersabar. dan semoga kita dpt cari jalan terbaik untuk atasi masalah ini.

  3. senang2 je nk suro cop atas original certificate… pfftt! seb baik ada jpa bleh tolong.. yg lagi satu mcm sunyi sepi je. kalo budak2 kt uk n germany, blom grad lagi dah tanya mcm2 apa yg diorang boleh tolong…

  4. Reply from Mr. Wan Azizam.

    Assalamualaikum.

    Terima kasih di atas email saudara dan berdasarkan pemerhatian saya mungkin saudara tidak jelas dengan keperluan / tindakan yang perlu diambil oleh saudara untuk memastikan pengajian saudara di Rusia dianggap sah / legal.

    Terdapat dua perkara penting yg perlu dilaksanakan oleh semua pelajar iaitu legalization dan nostrification.
    Legalization adalah pengesahan sijil akademik pelajar (asal) yang hanya boleh dilakukan di Wisma Putra dan seterusnya dihantar kepada Russian Consulate Malaysia. Hanya 2 cop sahaja diperlukan dalam proses ini dan seterusnya barulah proses terjemahan boleh dilaksanakan oleh penterjemah bertauliah. (terjemahan boleh dilakukan di Malaysia atau di Rusia)

    Berdasarkan maklumat saudara, terdapat arahan baru oleh pihak universiti untuk pelajar mendapatkan satu lagi cop (kementerian pendidikan) akan dibincang dengan pihak universiti. Pengesahan akan dimaklumkan kepada saudara dan persatuan pelajar.

    Untuk penyelesaian secara menyeluruh, saya akan memaklumkan tindakan yang perlu diambil oleh semua pelajar Malaysia di Nizhny melalui persatuan pelajar. Saya akan terus berhubung dengan persatuan pada petang ini dan akan memantau sebarang perkembangan.

    Terima kasih di atas maklumat yang diberikan.

    Sekian.

    Wan Azizam Wan Salleh
    Moscow

  5. Tolong bagitau President pasal ini dulu. Jika tak, nanti die tu pula blur.

    Why do we need to get a stamp from MOE when the certificate was issued by the MOE?

    Also what we were told by the deans office, was that the translation of the SPM / STPM can be ONLY translated in Malaysia, NOT in Russia. Only passport can be translated in Russia because SPM certificate was issued in Malay, not English.

    And we need 2 copies of the stamped certificate to be translated into RUSSIAN in Malaysia. 2 COPIES. How much is that gonna cost? How long is that gonna take?

  6. saya telah terima panggilan telefon dari kedutaan. dan telah berbincang dgn saudara presiden msa. pendekatan terbaik yg boleh diambil skrg ialah mengadakan pertemuan antara kami (msa president n vp) dgn semua pelajar2 Nizhny yg ada masalah dgn ‘nostrification’. kheng huat akan beritahu waktu dan masa pertemuan ini akan diadakan di laman web msa dalam masa terdekat. harap anda semua dpt beri kerjasama dan kita selesai kan isu ini dgn cara yg paling baik.

  7. kemungkinan besar pertemuan akan diadakan di hostel 5 pada hari jumaat ini.
    pelajar yg perlu hadir: pelajar yg ada masalah ‘nostrification’, sijil asal dan sijil salinan terjemahan yg perlu disahkan
    agenda pertemuan: menyenaraikan semua masalah yg berkaitan perkara tersebut (contoh: sijil asal apa yg perlu dihantar pulang ke Malaysia untuk cop pengesahan dan salinan sijil mana yg perlu dibuat terjemahan di Malaysia atau di Moscow) dan bagaimana pendekatan terbaik yg boleh diambil untuk mengatasi masalah ini

    apapun, harap dpt tunggu pemberitahuan yg akan diumumkan oleh saudara presiden, kheng huat mengenai pertemuan kita ini nanti.

  8. hurm, sekarang ni apa yg patut kita ada?
    1. sijil asal spm dengan cop MoE, MoFA, dan Russian Embassy?( arahan terbaru ),atau
    2. translated spm certificate(English)dengan cop translator(buat kat mahkamah), MoE dan MoFA ( ni ape info aku dpt dr mana2 sumber, then translate to Russian Language kat cni), atau
    3. takde yg pasti lagi,atau
    4. aku out-to-date pasal info ni

    mana satu yg konfem skrg ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s